Thursday 15 April 2010

Keikhlasan seorang da'i



Da'i merupakan mereka yang mengikhlaskan hati untuk bersama-sama menyampaikan risalah Islam. Seorang dai adalah mereka yang ikhlas. Tanpa keikhlasan, seorang da'i menjadi penyebab beban dalam dakwah yang dibawanya.

Menjadi ikhlas dalam berjuang merupakan contoh dari perjuangan Rasul AS. Allah berfirman:


Ketika saudara mereka (Nabi Nuh) berkata kepada mereka: "Mengapa kamu tidak bertakwa? 
Sesungguhnya aku adalah seorang Rasul kepercayaan (yang diutus) kepadamu,
Maka bertakwalah kepada Allah dan taatlah kepadaku.
dan aku sekali-kali tidak minta upah kepadamu atas ajakan-ajakan itu; Upahku tidak lain hanyalah dari Tuhan semesta alam. (26:106-109)

Seorang da'i yang memiliki pengaruh besar, keikhlasannya diuji dengan celaan-celaan manusia.
Seorang da'i yang mempunyai kefasihan berhujah, keikhlasan teruji atas penerimaan mad'u-nya.
Seorang da'i yang memilik wang/harta yang banyak, keikhlasan teruji tatkala dia diminta untuk menginfakkannya
Seorang da'i yang berkedudukan tinggi, diuji keikhlasannya atas pahitnya ujian
Seorang da'i yang aktif, diuji keikhlasannya atas bertambahnya kesibukannya
Seorang da'i yang mempunyai ramai anak halaqah, keikhlasannya teruji atas kualiti binaannya.
seorang da'i yang selalu membetulkan kesalahan orang lain, diuji keikhlasannya atas kesalahan dirinya sendiri.
Seorang da'i yang telah lama ditarbiyah, diuji keikhlasannya atas kerenah-kerenah dakwah
Seorang da'i yang telah lama berukhwah, diuji keikhlasannya dengan beragam-ragam perangai sahabatnya.  
Seorang da'i yang visioner, diuji keikhlasan atas keberhasilan dakwahnya.
Sesorang da'i yang memiliki banyak kelebihan, diuji keikhlasannya atas sedikitnya kekurangan dirinya.
Seorang da'i yang mula melangkah, teruji keikhlasannya atas keterbatasan dirinya.
Seorang da'i yang taat, diuji keikhlasan atas banyaknya pengarahan dakwah. 

Tiada lain yang membuatkan seorang da'i itu terus tsabat dan istiqamah melainkan dengan keikhlasan!

Mendapatkan keikhlasan merupakan kurniaan Allah yang terbesar. Ikhlas merupakan penghalang bagi syaitan untuk menggoda hati manusia.  

Ikhlas bererti berbuat semata-mata mengharapkan redha Allah, mengikis sikap ego dalam diri, mengetepikan segala kepentingan peribadi dan kepentingan yang bersifat sementara.

Ikhlas memiliki tanda-tandanya menurut Dr Yusuf Qardhawi. Mudah-mudahan kita semua memilikinya.


1.Takut akan populariti
2. Mengakui kekurangan diri
3.Cenderung menyembunyikan amal
4. Menyamakan tugas atasan dengan orang bawahan
5. Mengutamakan pandangan Allah atas pandangan manusia
6.Cinta dan marah kerana Allah
7.Sabar atas perjalanan yang panjang
8.Merasa gembira apabila kawannya memiliki kebaikan

Ikhlaslah, itu merupakan kekuatan kita.


0 comments:

Post a Comment